Wednesday, March 25, 2009

Saya Bukan Anti ,Saya Anta

Hari ini,saya masuk ke kelas Tahun 1 untuk Subjek Asuhan Tilawah Al-Quran. Disebabkan ramai guru yang tiada,jadi hanya saya seorang sahaja yang masuk ke kelas tersebut. Kebetulan di kelas sebelah juga tiada guru. maka, saya diberi 'relief" untuk menjaga kelas sebelah dalam masa yang sama saya perlu mengajar di kelas saya. Dalam masa 1 jam saya menjaga 2 buah kelas yang muridnya seramai 43 org setiap kelas. Keadaan jadi tidak terkawal. saya perlu mengajar Tilawah Al Quran, manakala di kelas sebelah saya meminta mereka membuat latihan Bahasa Arab. ulang alik saya masuk ke 2 kelas tersebut. bila saya masuk kelas sebelah, kelas saya buat bising dan begitulah sebaliknya. Nak dijadikan cerita ada murid yang bergaduh gara2 meminjam pemadam kawanya. dan pemadam tersebut dah hilang. saya pun menegur murid2 tu... "lain kali dtg sekolah bawa pemadam, pensil pembaris msg2.. jgn nak pinjam2 nanti hilang barang kawan kamu. pemadam murah saja bah! seposen je satu." tanpa saya sedari harga seposen pemadam tu adalah harga dizaman saya sekolah sekitar tahun 80-an. tiba2 murid yang menghilangkan pemadam kawannya itu kata "pemadam 30 sen la ustazah.." baru saya tersedar ...:) kemudian saya meminta murid tu mencari pemadam yang telah dihilangkannya.. saya cakap " Anti... cari pemadam dia . menangis sudah dia.." kemudian murid tu cakap.. " saya bukan ANTI, saya ANTA".
Sekali lagi saya tersenyum sendirian memikirkan kesalahan Dhomir yang saya gunakan.sedangkan saya juga yang mengajar B.Arab untuk semua kelas tahun 1. dlm hati saya berkata.."bijak juga anak2 murid aku". Kesimpulannya.. apa yg mereka pelajari untuk tempoh sebulan untuk tajuk "Taaruf" dapat mereka praktikan dalam percakapan seharian. Tahniah!

0 comments: