29 Januari (Khamis) Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali pertama telah diadakan pada jam 11.30 pagi di Bilik Gerakan SKPP. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar, Encik Abu Kassim Hj Binsin, Penyelia Petang Puan Fatimah Ali dan Pen.Kanan 1 Puan Jeinah Jaaufar.
Antara perkara-perkara yang diperbincangkan seperti Majlis Tilawah Alquran Peringkat Daerah Penampang akan diadakan pada 23 Februari 2009.Guru-guru telah dibahagikan tugas untuk latihan para peserta. seterusnya perbincangan mengenai Taqwim Tahunan PPI antara lain yang akan mengadakan minggu PPI seterusnya Kem Bistari Solat yang akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Kelas-kelas Tasmik yang akan melibatkan semua guru Pendidikan Islam.
Pada tahun ini juga PPI telah menubuhkan Biro Dakwah dan Biro Surau di bawah Naungan Ketua Panitia 2009 iaitu Ustaz Nazri Yaakob.
Semoga tahun 2009 ini PPI akan lebih aktif untuk terus melahirkan bukan sahaja murid-murid malah seluruh warga SKPP yang beriman dan bertaqwa. Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bersama Islam.
10 Foods to Boost Male Health From WebMD
5 years ago
0 comments:
Post a Comment