Saturday, January 24, 2009

Derma Kemanusiaan Gaza, Palestin

23 Januari 2009 (Jumaat). Panitia Pendidikan Islam Sek.Keb.Pekan Putatan telah menjalankan satu kutipan Derma Kemanusiaan Gaza Palestin di kalangan Guru, Ahli Kelab Staf, murid-murid dan seluruh warka SKPP. kutipan derma ini dijalankan oleh pemgawas-pengawas yang dilantik dengan membawa tabung dari kelas ke kelas. Ianya berjalan dengan baik dan mendapat sokongan dari semua pihak.
Antara objektif kutipan derma ini dijalankan adalah untuk membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan kita sebagai saudara seagama dan atas dasar kemanusiaan.Antara lain melalui usaha ini juga dapat mendidik dan memupuk nilai murni melalui sikap bantu membantu dan prihatin murid-murid dan seluruh warga SKPP.
Hasil kutipan yang dijalankan pada hari Jumaat sahaja telah terkumpul sebanyak RM1021. Kutipan derma ini akan disambung selapas Cuti Hari Raya Cina nanti. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKPP diatas sumbangan anda. Semoga usaha ini sedikit sebanyak meringankan penderitaan Palestin.

0 comments: